Saturday, December 5, 2009

perjalanan mencari cinta

dalam perjlnn aku mencari cinta tiba2 langkah aku terhenti...

aku mula terfikirkan tekad dan impian...

tekad aku mencari cinta sejati...

tapi cinta yang bagai mn aku impikan...

yang bagai mana aku mahukan...


aku berbaring memandang kipas syiling yang berputar perlahan...

mula aku mencari ciri2 jejaka impian...

bila memikirkan tak masuk akal mn ada lg ciri2 yg aku impikan...

usah angan ingin menjd spt fahri n aisya dlm novel ayat-ayat cinta... andainya cinta kamu blm tentu hala tujunya...


tp walaupun begitu tetap jua aku impikan lelaki itu spt fahri...
menjadi imam kepada solat ku...
menjadi guru kepada setiap langkahku...
menjadi cahaya menerangi malamku...
menjadi dahan yang utuh untuk aku berpaut ketika aku terjatuh...
menjadi tiang seri pada mahligai tempat kami berteduh...
menjadi jam penggera disaat aku kadang2 terleka...
menjadi mata untuk aku melihat...
menjadi telinga untuk aku mendengar...
menjadi mulutku ketika aku ingin bersuara...
melindungi aku disaat aku dlm kesulitan...
dan jauh disudut hatinya... biarpun apa yng dia untuk aku... hatinya tetap satu... cintanya pada maha pencipta lebih besar dari cintanya pada aku...
sanggup melupakan cintanya pada aku ketika dia bersujud kerana cinta yang maha agong yang akan menyatukan cinta kami...
tapi tinggi mana impian itu...
masih adakah dia dalam hidup ini...
dalam dunia yg semakin menghampiri kemusnahan....
aku hanya mampu berdoa dan terus meminta pada yng maha esa...
mengurniakan aku cinta sejati...
cintanya cinta sejati pada aku... tapi kukuh lagi cintanya pada yang maha pencipta...
amim....

Sunday, November 22, 2009




tidak perlu kamu meminta dari aku... terlebih dahulu aku memberikan hati aku kepada kamu...


kerana sesungguhnya kamu tahu aku pejuang cinta.. selagi nafas ini tidak terhenti selagi itu aku akan terus memperjuanggkannya...


percaya dan yakinlah aku akan terus menyinta dan setia biarpun kamu tidak pernah melakukannya untuk aku...


kerana cinta aku tidak pernah punya syarat dan tidak juga menyatakan mesti bersatu andai itu bukan suratan takdir...


telah aku panjatkan kesyukuran kerana diberi peluang untuk pernah menyintaimu... kerana itulah kebahagiaan buat aku...


biarpun hanya mampu memandang kamu dari sudut yang jauh...

kerana aku...

tidak mampu mendapatkan saksi yang nyata bagi aku buktikan cinta ini... cinta ini hanya ada di hati aku dan akan terus aku simpan sebagai memori indah zaman remaja ku...



penantian satu penyiksaan... namun resam dunia telah tertulis dalam perjuangan ini aku harus setia menunggu dan terus tersenyum kerananya...

kehadiranmu satu kebahagian buat aku... dan aku sanggup untuk meneruskan penantian ini... biar berjuta tahun lagi...

dan kerana itu kemahuan aku, tidak sesekali aku akan merunggut atau menangis...

pertemuan...


2 nov 2009...
terima kasih teman2 krn masih sudi terus menjadi penyeri setiap denyut nadi aku...
pertemuan kita walaupun hanya seketika cukup memberi aku seribu erti...
kerana itu aku kembali tersenyumm... dan berbahagia...
detik pertemuan ini akan aku pastikan berulang kembali dan saatnya pasti lebih panjang...

Sunday, November 8, 2009

cinta dan pengorbanan

cinta perlukan pengorbanan, melepaskannya pergi bukan bermaksud cinta sudah tiada... kerana aku terlalu menyintainya...

Seorang wanita bertanya pada seorang pemuda tentang cinta dan harapan. Wanita berkata ingin menjadi bunga terindah di dunia dan pemuda berkata ingin menjadi matahari.wanita tidak mengerti kenapa pemuda berkata ingin menjadi matahari, bukan kupu-kupu atau kumbang yang terus menemani bunga.

Wanita berkata ingin menjadi rembulan dan pemuda berkata ingin tetap menjadi matahari. Wanita semakin bingung kerana matahari dan bulan takkan boleh bertemu, pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita berkata ingin menjadi burung yang mampu terbang ke langit jauh di atas matahari dan pemuda berkata ia akan selalu menjadi matahari.

Wanita tersenyum pahit dan kecewa. Wanita sudah tiga kali menduga namun pemuda tetap keras kepala, ingin menjadi matahari tanpa mahu ikut berubah bersama wanita. Maka wanita pun pergi dan tak pernah lagi kembali tanpa pernah tahu alasan kenapa matahari juga menjadi pilihanya. Sang pemuda merenung sendiri dan menatap matahari.

Saat wanita jadi bunga, pemuda ingin menjadi matahari agar bunga dapat terus hidup. Matahari akan memberikan semua sinaranya untuk bunga agar ia tumbuh, berkembang dan terus hidup sebagai bunga yang cantik. Walaupun matahari tahu ia hanya dapat memandang dari jauh dan pada akhirnya kupu-kupu yang akan menari bersama bunga. Ini disebut kasih iaitu memberi tanpa syarat, tanpa mengharapkan imbuhan.

Saat wanita menjadi bulan, pemuda tetap menjadi matahari agar bulan dapat terus bersinar indah dan di kagumi. Cahaya bulan yang indah hanyalah pantulan cahaya matahari, tetapi saat semua makhluk mengagumi bulan siapakah yang ingat pada matahari? Matahari rela memberikan cahayanya untuk bulan walaupun ia sendiri tidak berupaya menikmati cahaya bulan, di lupakan jasanya dan kehilangan kemuliaan sebagai pemberi cahaya, agar bulan mendapatkan kemulian tersebut.

Ini dinamakan pengorbanan menyakitkan namun sangat layak untuk cinta. Dan saat wanita jadi burung yang dapat terbang tinggi jauh ke langit bahkan di atas matahari, pemuda tetap selalu menjadi matahari agar burung bebas untuk pergi pada bila-bila masa pun ia mahu dan matahari tidak mencegahnya. Matahari rela melepaskan burung untuk pergi jauh, namun matahari akan selalu menyimpan cinta yang membara di dalam hatinya hanya untuk burung.

Matahari selalu ada untuk burung bila-bila pun ia mahu kembali walau burung tidak selalu ada untuk matahari. Tidak akan ada makhluk lain selain burung yang berupaya masuk ke dalam matahari dan mendapatkan cintanya. Ini disebut sebagai kesetiaan, walaupun di tinggalkan dan dikhianati namun tetap menanti dan tegar untuk memaafkan. Pemuda tidak pernah menyesal menjadi matahari untuk wanita.