sewaktu aku mencoretkan luahan hati ini... minda ku memikirkanmu dan bermimpi kamu ada disampingku...
buat insan yang jauh dimata dekat dihati. dalam diam aku mula menyenangimu. mungkin ini dikatakan cinta aku tidak pasti... yang pasti mimpi ku ialah:
ingin aku mengapai tanganmu, berjalan seiring denganmu, berbual mesra denganmu, bergaduh denganmu, ketawa denganmu, merindui dirimu, menyayangimu, membahagiakanmu, mendengar setiap celotehmu, menangis dibahu dan dadamu, mendengar nyanyianmu, memandang wajahmu, merajuk denganmu, dan sama2 kita berbahagia.
aku sering memandang potretmu... aku sering tertanya-tanya apa yang sedang kamu lakukan disaat ini, ingin aku menghubungimu namun aku tiada nombormu... pernah juga aku berkias ingin kan nombormu, kamu nyata berat untuk memberikannya... sedang itu kamu mengalih topik perbualan dan akhirnya aku langsung terlupa tentangnya... sering aku melihat paparan menyatakan kamu sedang mengunakan talian, namun kerana keegoan dan takut untuk dikatakan mengganggu aku hanya memang namamu tanpa menyapamu... sedangkan didada ini memberontak ingin bersembang denganmu...
malu juga aku andai aku hanya dianggap sebagai pengganggu, malu juga aku andainya aku bertepuk sebelah tangan.
malu aku untuk berterus terang, lalu aku coretkan kisahku di ruangan yang dapat kamu membacanya, walaupun secara menyeluruh sebenarnya hanya untuk kamu...
aku xtahu adakah kamu telah membacanya atau pun membiarkannya...
kadang-kadang hanya nafas yang berat mampu aku helakan... aku yakin kamu xpernah cuba untuk membacanya, kerana ia langsung tiada kaitan denganmu dan bukan juga menjadi urusanmu... bila memikirkannya, bertapa hati ini sakit dan terluka malah turut kecewa... hampir aku untuk berputus asa... namun aku tetap membina impian untuk bersama denganmu. aku akan terus menunggumu...
buat kamu yang mungkin terbaca coretan ini... perasaan ini sukar untuk digambarkan... aku memang seorg yang begitu payah untuk meluahkan perasaanku kepada sesiapapun... kadang2 aku sering bergurau menyatakan aku menyayangimu... lepas itu aku ketawa untuk menutup kebenarannya... hinggakan kamu menganggapnya 1 gurauan, sedangkan hakikatnya hanya tuhan yang tahu... kita telah lama mengenali... namun kita terlalu jauh hanya pada nama, kita pernah menjadi kawan...
memang aku dilahirkan untuk pasrah dan redha dengan segala ketentuan... biar apapun nanti berlaku aku akan tetap pasrah... aku hanya akan menunggu selagi ada daya aku... sehinggalah suatu hari nanti ada insan yang sudi menghulurkan tangannya untuk sama2 berjalan seiring denganku...namun andai itu kamu, pasti itulah hadiah diatas penantian aku, andai sebaliknya semua ini ujian mungkin dia adalah yang terbaik untuk aku... kesetiaan aku pasti untuknya...